Solawat dan salam buat Baginda SAW dan ahlul bait.
Dikirim doa buat para sahabat r.a dan sahabiah r.anha yang telah menyemarakkan nur Islam. Tanpa pengorbanan mereka, kita pasti dalam jahiliah dan jauh dari mmenikmati nikmatnya dan manisnya IMAN.
Para majikan,
saban kali saya di ajukan persoalan yang sama tentang prestasi dan kualiti para pembantu rumah. Acapkali ditanya perbezaan antara pembantu rumah Indonesia dan pembantu rumah Kemboja.
Hasil kajian dan pengalaman saya, negara bukanlah faktor penentu kualiti pekerja. Baik dari Indonesia @ Kemboja, mereka tetap sama dari pelbagai aspek. Mutu kerja bergantung kepada IQ dan EQ tersendiri. Jika yang datang dari kalangan ok, insyaAllah majikan berpuas hati tetapi kebanyakannya sekadar boleh tahan je. Maka apabila majikan dan pembantu x tertahan terjadilah pelbagai episod, sama ada majikan makan hati atau pembantu rumah berulam jantung.
Soalan cepu mas pula, adakah pembantu rumah Kemboja juga akan lari dan mencuri seperti Indon...Jawapan cepu perak pula, Ya! jika nak lari dan mencuri, tetap dilakukan...Ada juga kes sebegitu berlaku pada pembantu saya.
Saya sebagai ejen, walaupun bukan ejen berdaftar tetap menyatakan yang benar. Negara bukan faktor menentu tetapi wahai majikan yang berkeluh kesah dan kadang2 berpeluh2 memikirkan, berilah sedikit ruang kepada akal waras untuk berehat dari memikirkan kemungkinan mendatang. Rehatkan dan tenangkan minda dengan SOLAT ISTIKHARAH.
Sesungguhnya insan yang bertaqwa, sentiasa menjadikan sunnah sebagai ikutan. Yakinlah apabila dah solat, jiwa menjadi tenang kerana segala urusan ditentukannya.
Yang menghairankan saya ada yang tertawa sinis bila saya meminta mereka solat dulu...lucu agaknya. Maaflah, jika bukan Islam maklumlah juga. Tak terfikir dek akal, bagaimana gaya hidup majikan yang tidak merasakan nikmat solat. Sabda Rasulullah SAW:
" tidak akan rugi mereka yang istikharah"
Maka suka saya menyarankan sebelum membuat keputusan, istikharahlah....
Moga kita semua terpelihara dari tipu daya syaitan laknatullah...Binalah keluarga berasaskan alQuran dan asSunnah...
No comments:
Post a Comment