Wednesday, June 15, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمدلله saya bersama jemaah almujahid travel selamat dan dimudahkan urusan umrah Jun lalu. Kini balik semula dan menyimpan azam dan amat mengharap Allah memaqbulkan doa untuk ke sana lagi Ramadhan ini.
Wahai majikan yang dihormati,
Hidup mesti diduga. Hidup juga mesti diteruskan. Namun adakah kita kekuatan meneruskan hidup dengan dugaan ini..yakni pembantu rumah lari.?
Dari satu segi memang ramai yang menyumpah, maaflah x tersebut sumpahan itu. Dari sudut lain, alahai mengenangkan duit.  Masa tu amat mengharap sangat dapat gantian jika dalan jaminan. Jika nakdapat gantian kena keluar duit lagi, alahai..duit, penat dicari mudahnya pergi..
Sebenarnya sebagai wakil ejen pembantu rumah, saya juga x mahu mendengar kes pembantu rumah lari, pembantu rumah Kemboja x berkualiti, pembantu rumah Indonesia berzina dan lain2. Sedih, geram juga kecewa dengan situasi yang berlaku. 
Sebelum pergi umrah, seorang majikan yang sedang dalam pantang memberitahu pembantu rumah Indonesia telah hamil 6 bulan. Entah apa lagi yang nak saya katakan...melainkan moga Allah memberi azab kerana teelah melakukan dosa besar. Sebagai ibu saya amat takut jika anak2 majikan itu melihat perlakuan zina itu. Di sudut lain pula saya jenuh memeras otak bagaimana perkara mungkar itu begitu mudah berlaku? Kita kena mencari sebab dan jawapan kenapa ianya berlaku dalam rumah muslim.

Tahun lepas 2 pembantu rumah Indonesia berzina, siap bawa jantan masuk rumah di siang hari. Seorang tu bila saya memarahi pasangannya, siap bagitahu.."Bu, majikan saya juga sering tukar laki2" Jikakalianlah x terkejut ke. Yang saya ni memang blurr, tel majikan dan bagitau majikan fitnah itu, tapi akhirnya saya terkejut,"itu je ke dia bagitau" Tanya majikan...Ya Allah, benarlah majikan juga berzina. Kenapalah kemewahan melalaikan kalian? X takutkah dengan azab Allah yang pasti akan datang, x esok lusa dan ianya pasti datang.


Saya juga kerap berdoa memohon diberikan pembantu rumah Indonesia, Kemboja @ Filipina yang berkualiti dari segi iman. Namun hasil doa saya susahnya mendapat yang mahu bekerja yakni jawapan doa itu adalah pembantu rumah beriman sememangnya sukar di cari.


Harapan saya , semua yang memerlukan pembantu rumah banyakkan jaga amal. Hablumminnallah dan hablumminnannass. Kita juga kena menjadi beriman agar dapat yang beriman. Kita juga kena ikhlas bekerja agar dibantu dengan yang ikhlas bekerja. Kita kena amanah jika mahu pembantu rumah amanah. Sebut tentang amanah, maaflah ramai majikan kurang beramanah apabila mengambil cuti sakit gara2 tiada pembantu rumah lari@ x ada. Bukankkah wang yang diperolehi itu Haram? Ambillah cuti jika terpaksa tetapi biar potong gaji dari rahmatNya dipotong. Jangan sesekali membesarkan dan mendidik anak2 dengan sumber syubhah@ haram. Kesian anak2 & yang malang@ bodoh adalah ibubapa...melakukan bertahun2 proses mendidik tetapi hasilnya merugikan.


Selagi ada waktu, hargai nikmat Iman.


Salam ukhwah
 

Tuesday, May 24, 2011

UJIAN INI UNTUK SIAPA

بسم الله الرحمن الرحيم

YA ALLAH, PERBAIKILAH BAGIKU AGAMAKU, 

Wahai majikan,

Jika saat ini terlalu tertekan gara2 hal pembantu rumah, ringan2kan lah lidah untuk beristigfar, rajin2kanlah tangan menyelak alQuran..hanya dengan mengingatiNya hati menjadi tenang.

Wahai jiwa yang merusuh, selidikilah diri kenapa pelbagai hal berlaku? Muhasabah bukan mencari salah pembantu@ejen@ sesiapa saja, tetapi muhasabah adalah menilai diri dengan Allah. 

Maaf wahai majikan, Allah x pernah menganiaya kita, Allah bersifat arRahman namun kita yang gagal mendapat arRahim. Janji Allah benar, balasannya juga benar. Jangan asyik menyalahkan orang hanya kerana kita bayar. Bagaimana kita yang di beri Allah pelbagai nikmat tapi x mahu bayar zakat, bersedeqah?

Maaf lagi, kos ambil pembantu rumah Rm8-10k...diusahakan mencari..namun kos umrah RM5-7k x mahu disediakan. Bila musibah datang di anggap bala. Namun sekian lama nikmat diberi x pernah bersyukur.

Maaf jua dipinta..Allah menguji kerana kita layak di uji. Dia terpaksa menguji kerana tanpa ujian kita leka. Terimalah ujian dengan redho...

Saya tiada di Malaysia mulai 26-9 Jun...
Mohon maaf atas kekhilafan..ada umur berjumpa lagi..InsyaAllah

Wednesday, April 13, 2011

La ilahailla anta subhanaka inni kuntu minouzzolimin..
Assalamualaikum para majikan,
Moga Allah memberi kita kekuatan untuk meneruskan perjuangan sebagai hamba Allah yang bersyukur.
Kenapa saya mengungkit soal bersyukur? Adakah kalian x bersyukur? Entahlah...yang pasti ramai daripada kita x mahu bersyukur dan x tau bersyukur. "maka nikmat apakah lagi yang kamu dustakan"

Maaf, baik majikan, pembantu rumah dan ejen semuanya sama. Yang membezakan hanya Iman dan Taqwa. Yang menyebabkan huru haranya dengan pelbagai kes apabila salah satu daripada kita x tahu erti bersyukur. Ejen x tahu bersyukur, majikan x tahu bersyukur dan pembantu rumah juga x langsung bersyukur.
Sekarang baik pembantu rumah Kemboja @ pembantu rumah Indonesia sama saja. Kurang berkualiti dan kadang2 x tahu langsung erti kualiti. Majikan jika x solat istikharah memang menempa musibah. Kadang2 penat mulut saya menasihatkan majikan, solat istikharah, solat hajat tapi x langsung dipedulikan. Kenapalah majikan liat sangat nak bersolat? Hanya Dia dapat menentukan mana pembantu yang beriman. Hanya Dia berhak memilih, kita hambanya sekadar memohon yang terbaik.
Maaf, majikan memang mampu membayar gaji pembantu rumah sebab itu memandang enteng soal solat. Malah ada yang ketawa sinis bila dinasihati. Sombong sungguh dengan Allah. Namun bila pembantu rumah yang datang menyakitkan hati, mula salahkan saya..keluarlah pelbagai makian, pelbagai hujah. "sebagai ejen awak kena btanggungjwb, sbagai ejen awak kena tahu ..." macam2 yang keluar. MASALAH SAYA PALING BESAR IALAH X TAHU NAK MAKI SEMULA. Alhamdulillah saya ada Allah dan Rasul. Maka makian itu hanya ibarat sampah. Busuk dan menjengkelkan tapi x di ambil.
Wahai majikan jangan kerana geram dengan pembantu rumah, kalian menjatuhkan maruah sendiri. allah mendengar tuduhan, makian kalian. Ada kes majikan menuduh saya mencolek maid gara2 bengang saya nak tunggu dia di tepi jalan sebab x tahu ke rumahnya. Hebat majikan itu, berani menfitnah. Bukankah menuduh itu fitnah, dan dosa fitnah lebih besar dari membunuh. Saya katakan hebat kerana dia berani menempa neraka di saat kita semua takutkan azab neraka. Mungkin kerana rasa dia berhak mengarah maka semua orang kena mngikut. Kita sebagai Islam, ada cara bermasyarakat, jaga akhlak kita kerana anak2 akan mengikut akhlak kita. Saya hanya memohon pada Allah, biar Allah tentukan yang terbaik buat dia. Cuma 1 saya pasti Allah akan membalas setiap perbuatan kita.
Soal pembantu rumah pula, jika yang datang umpama datang berjalan, memang majikan akan stress...lately pembantu rumah Kemboja umpama pelancong. Letih nak fikir, so pada saya, lakukanlah solat hajat , istikharah. Bagi yang maid dah buat hal Muhasabah diri kenapa kalian diujiNya. Kalian sendiri yang tahu kenapa, adakah zakat x pernah bayr, cari duit sampai x solat @ solat lewat waktu..@ x pernah bersedeqah..fikir2 kanlah dan yakinlah Allah Maha Penyayang dan Pemberi.

Akhir kalam, jika runsing, jom ikut saya g umrah 26mei..Di sana ada ketenangan.
Barakkallahulaka

Wednesday, February 23, 2011

Susahnya menggaji PRA

La ilaha illa anta, Subhanaka inni kuntu minoudzzoliminn.

Sesungguhnya hanya pada Dia tempat mengharap, tempat mengadu dan sebaik2 tempat merayu.

Para majikan yang dirahmati,
Sesungguhnya saya juga seperti kalian, kadang2 menjadi hairan, pelik dan bengang dengan sikap pembantu2 rumah. Baik pembantu rumah Indonesia, Pembantu rumah Kemboja mahupun Pembantu rumah Indonesia.
Jika majikan runsing mencari pembantu rumah, kadang2 ditipu ejen, pembantu yang datang x seperti diharap..sama juga dengan saya. Kadang2 hampir hilang kepercayaan kepada ejen2 di negara pembantu rumah. Bagaimana x bengang, bila mana pembantu rumah dihantar jauh berbeza dari diharap.

Majikan Malaysia dah seperti hamba pula, hamba untuk membayar kos pembantu rumah yang melambung. Kebanyakan ejen sekarang tidak lagi menyediakan latihan bersungguh2. Sebagai contoh jika pembantu rumah Kemboja, skill latihan teramatlah mengecewakan, cuma jika pembantu itu memang ikhlas nak kerja dia akan belajar bersungguh dan mempraktikkan ilmu.

Setengah majikan hairan kenapa sebagai ejen, saya bercakap@ menulis seperti majikan. Banyak mengomel. Jawapannya hanya satu, setiap sen diperolehi akan dihisab, maka jika lidah berjanji palsu..hilang barkah.
Percayalah majikan semua, bagus @ tidak pembantu rumah bergantung ujian dari Nya. UjianNya bukan semua negatif, yang positif juga ujian. Maka setiap waktu kita sebagai hambaNya kena beringat.

Kadang2 majikan memilih pembantu rumah Kemboja kerana kes lari yang meningkat di kalangan pembantu rumah Indonesia. Aleh2 pembntu rumah Kemboja juga lari. Abih camno?

Jalan terbaik adalah sentiasa menjadi umat terbaik. Bila diri x mampu lagi melihat rumah bersepah, bak kata suami saya..anak dah boleh berenang dalam bakul kain... memang amat mengharap pembantu tapi bila yang datang sekadar diketuk baru jalan..memang boleh sakit dada..

Tetapi bila pembantu rumah memang bagus, hati kita tenang..tetiba..dia lari...aduh....berminggu terkejut dan tertanya kenapa, why...kenapa sampai hati...Jawapannnya..pembantu rumah tetap pembantu rumah tiada perasaan. Buat baik berpada2..

Wahai para majikan, selagi kita ikut sunnah & alQuran , yakinlah rahmatNya. InsyaAllah di celah2 pelbagai kisah sedih dan kerenah pembantu rumah, masih ada lagi pembantu rumah yang ikhlas kerja kerana Allah. Moga kalian ditemukan dengan yang terbaik. Moga anak2 kita juga terdidik dengan iman.
Sewajarnya jika banyak sangat masalah, ada rezeqi pergi umrah. Sudah tentu kos dilabur mendapat ganjaran.
InsyaAllah jika ada yang ingin menunaikan umrah sambil menziarahi ulama keturunan Rasulullah SAW, boleh menghubungi saya.

Selama 2 minggu saya akan menunaikan umrah, 4-18 Mac, jika ada masalahsila emel, jika di panjangkan umur, saya akan cuba membantu..
Akhir kalam,
Jadilah umat terbaik jika inginkan kebahagiaan dunia akhirat.

Wednesday, January 5, 2011

Perlukah Pembantu?

Laa ila ha illaa anta subhaanaka inni kuntu minoauzzholimiiin...

"Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat TuhanNya, kecuali orang-orang yang sesat"
alHijr-56

"Sesungguhnya Kami memelihara kamu daripada (kejahatan) orang-orang yang memperolok-olokkan (kamu)."
alHijr-95

Salam para majikan,

jika baru di uji dengan pembantu rumah lari...muhasabahlah dan bersyukurlah. Tentu ada yang berkata, gila ke ustazah ni? Adakah ditimpa musibah kena bersyukur...
Hanya orang yang sentiasa bersyukur akan sentiasa bersyukur...yang menyakini Allah Maha Penyayang pasti bersyukur, hikmah tersembunyi tiada yang tahu kecuali Dia Maha Pencipta.

Dalam mencari pembantu rumah ada yang serik dengan pembantu rumah Indonesia, kemudian mencuba pembantu rumah Kemboja. Bila tengok pembantu rumah Kemboja sama je dengan pembantu rumah Indonesia, cuba pula pembantu rumah Filipina...tetapi masalah tetap sama..yang jelas duit dilaburkan dah boleh bina rumah di kampung.

Sewajarnya, mula berfikir...wajarkah mempunyai pembantu rumah?
list down positif negatif, cari jalan penyelesaian. Bukan apa jika rasa tersiksa dengan situasi..sakit jiwa..dengan kerenah pembantu rumah...x payah le.. Tetapi...dek kerana tiada pembantu rumah, berkelahi suami isteri, tarik muka sana sini, sindir menyindir...usahakanlah pembantu rumah juga paling kurang x menambah dosa marah suami...@ menambah luka, duka, cuka sang isteri..

Pembantu rumah tetap kurang IQ,EQ dan lain2 Q...so berusaha, berdoa dan tawakkal je lah. Jika wang x jadi masalah...x puas hati ambil yang lain..jika wang cukup makan je...belajarlah menerima kekurangan...

Friday, December 24, 2010

Naik gaji

Allahu Akbar!

Terkejut saya mendapat berita terkini dari ejen Kemboja. MOU telah d tandatangani, gaji pembantu rumah Kemboja dinaikkan ke RM600 dan telah berkuatkuasa untuk kemasukan baru.

Kos kini menjangkau RM 8k..jika majikan urus sendiri dan jika ejen berdaftar tolong urus Rm9500++..Alahai mana nak cekau. Saya x de kuasa nak menghalang...nasib kita sebagai majikan tiada pilihan kecuali para ibu bekerja d rumah sendiri. Pakat2 buat bisnes online.

Jika prestasi pembantu rumah Kemboja ok , boleh juga digagahkan...tapi segalanya sukar dijangkakan.
Cara terbaik banyakkan amal agar, diberikan Allah pembantu rumah yang berkualiti...

Laa haulawala quuwata illa billah...


Wednesday, December 22, 2010

LaailaahaillALLAH....Muhammad Rasulullah...

antara zikir sering di bibir majikan...cuma ada masa zikir kerana Allah tapi banyaknya menyebut sambil menahan amarah. Mana x geram...pelbagai kerenah pembantu rumah, baik pembantu rumah Kemboja, pembantu rumah Indonesia @ pembantu rumah Filipina.

Saya juga x terkecuali sering istigfar sambil mengurut dada. Pembantu rumah Kemboja saya baru2 ni 'terlalai'...habis seperiuk lauk dalam periuk hangus. Yang saya tabik spring...ketika kami kecoh mencarinya...cepat2 dia solat sunat....Memang bijak...sebab dia tau sebaik2 tempat mengadu..hanya padaNya..at least dia tau Allah Maha Pengampun so x kanlah saya makhlukNya x boleh memaafkannya...bijak...bijak

Semalam ada majikan mengadu sambil menanggis tentang pembantu rumah Indonesianya 'berzina'...masyaAllah betapa kemungkaran ibarat makanan. Terfikir saya bagaimana ianya begitu mudah berlaku...
Setelah lama berbual, jawapan majikan mengejutkan saya. Pembantu rumahnya x pernah solat. bertahun hidup bersama majikan x pernah ambil peduli, asalkan kerja beres...Innalillahi wa inna ilaihi roji'un
Bala datang diundang majikan. Hinanya kita sebagai makhluk Allah, x sujud pada Nya dan x mengajak orang lain sujud atas kepentingan duniawi...Allahu Akbar.

Maaf para majikan, sentiasalah hidup dalam Iman dan berdoalah mati dalam iman.
InsyaAllah dalam waktu terdekat saya akan menunaikan umrah. Andai ada yang mencari bersabarlah menanti...tel@ sms jika panggilan di biarkan sepi. Jika ada kesempatan umur, insyaAllah bertemu lagi.

Maaf Zahir Batin