Sunday, June 20, 2010

Pelbagai tips

Solawat dan salam buat Rasulullah SAW dan ahlul bait.

Moga kita semua akan diberi peluang menikmati syafaat Baginda.

Salam buat para majikan...

Sekadar celoteh hari ni...ingin berkongsi serba sedikit pelbagai tips dan juga kerenah pembantu rumah Indonesia dan pembantu rumah Kemboja. Saban waktu saya ditanya tentang kebolehan dan kemahiran pembantu rumah..

Setelah bertahun melayan kerenah pembantu rumah Kemboja Dan Indonesia, saya tetap sukar menafsirkan sikap dan baik buruk mereka. Macam - macam hal yang berlaku..

Jika boleh berkongsi agar menjadi pedoman..moga niat kerana Allah mendapat pahala.

Kes1:

Pembantu rumah Indonesia, telah 1 1/2 tahun bekerja, tiba2 didapati hamil tanpa nikah...zina laknatullah!
Majikan memberitahu saya setelah pembantu rumah ini mula melawan..Diselediki majikan pun 2x5, adakah wajar dia bersubahat menggugurkan bayi itu. Sama saja dosa majikan dan pembantu rumah. Majikan ingat dengan pengguguran itu , pembantunya akan meneruskan kerja...

Terfikir saya betapa nipisnya iman majikan, asalkan x rugi wang mengambil pembantu rumah baru, lantaklah dosa zina..Akhirnya bila sudah bergaduh, baru nak cerita kepada saya..

Semalaman saya tertanya bagaimana zina boleh berlaku di rumah majikan...kemudian baru teringat..kehidupan majikan juga x seperti umat Islam. Pembantu rumah itu, sewaktu datang paling kurang menutup aurat, tetapi majikan berseluar pendek dan lain2.

Maka apabila Islam tidak di amalkan, x menghairankan maksiat umpama makanan. Sesungguhnya zina itu membinasakan umat..moga kita semua terpelihara dari perbuatan hina itu...

Kes 2

Pembantu rumah janganlah kita anggap cerdik macam kita. 90% lemah IQ. Yang bijaksana adalah majikan..Majikan boleh handle pelbagai kerja dalam satu masa...tetapi pembantu rumah nak siapkan satu2 kerja kadang2 berjam2. Memang berangin dan berasap kepala majikan...x mustahil majikan cepat beruban gara2 kelembapan mereka.
Kesilapan majikan menyerahkan 90% kerja urus anak dan rumah kepada pembantu rumah. Saya faham kos ambil tinggi dan gaji RM500, so majikan kena bagi kerja yang sepadan.
Terfikir ke majikan, sikap serah tugas itu secara x langsung telah meringankan majikan tetapi membeban, meletihkan pembantu...bila pembantu rumah dah letih dengan pelbagai kerenah anak2 dan kerja rumah yang x sudah2...siapa jadi mangsa???
Anak kesayangan kita menjadi mangsa sama ada secara simbolik @ sebaliknya. Bila tengok cctv, baru terlompat tengok anak di dera. Kasihankan bayi dan anak2 kita...
Seorang pembantu rumah mendera bayi, diselediki punca kekejaman..rupa2nya dia stress dengan tugas.
Majikan pergi pagi balik petang, kadang2 malam. Anak di rumah semua diuruskan dari mandi, makan, tidur dan lain2. Majikan selalu telefon memantau tetapi akan memarahi pembantu jika anak x tidur petang, lewat tidur dan lain2.
Kata pembantu rumah, "bagaimana saya nak paksa bayi tidur, jika dia x mahu tidur, maka saya paksa dia tidur"

mmm betul juga kan? Bayi ni kadang2 berubah ragam. Hanya ibu yang menjaga anak sendiri tahu kerenah membesarkan ank2. Jika orang lain yang jaga dan kita sekadar memantau, banyak ragam anak kita terlepas pandang. Memang berbeza tangan yang mengasuh dan tangan yang mengarah..

Kesimpulannya,

Tugas ibubapa bukan sekadar memberi makan minum, beli playstation, tv plasma, hantar tuisyen dan lain2. Amanah Allah terlalu besar.
Maaf jika terkasar, sedih saya melihat sikap majikan yang merasakan gaji besar adalah lambang kemegahan.

Jika sayangkan anak2 kerana Allah, sebelum memilih pembantu rumah buatlah istikharah, bersedeqah dan jaga amal. Apabila kita meletakkan agama di depan, anak2 membesar dengan baik.
Pantau anak2 dengan iman, sebagaimana kita nak senang, maka senangkan hati dengan sunnah dan alQuran. Banyakkan muhasabah diri, koreksi diri di mana salah dan silap. Kita juga ada salah. Jika boleh biarlah air tangan ibu yang memasak. Jangan menyesal bila dah tua, anak x tau ibunya pernah menyuapkannya makan.
Cuba jadi ibu mithali walaupun sukar..Sebenarnya anak yang kita asuh dan belai dengan zikir dan alQuran, membesar dengan iman. X guna anak hebat dalam peperiksaan tetapi nak mendoakan ibubapa pun x tahu...Sewajarnya anak yang dah baligh dah boleh menjadi imam jemaah sekeluarga...Amatlah rugi berjaya tanpa iman...kerana kita akan tua....


No comments:

Post a Comment