Tuesday, July 13, 2010

pembantu vs majikan

ALLAHUMMOSSOLLI A'LA SAIYIDINA MUHAMMAD WA A'LA ALIHI SAIYIDINA MUHAMMAD .

Alhamdulillah saat ini kita masih dihidupkan dalam iman dan moga akan dimatikan dalam iman jua.

Meniti kehidupan dan memikul amanah Allah membesarkan zuriat bukan calang2 jawatan...x boleh di beli dengan wang ringgit apatah lagi untuk di perdagangkan... Namun, sayang seribu kali sayang(macam lagu lak) ..amanah membesarkan anak2 telah dijual dengan kos Rm8k++, di jual kepada yang x layak.

Maaf wahai para majikan, saya sedar kalian tercari2 pembantu rumah. Pencarian dari segenap sudut. Ada Antara kalian memang mencari pembantu rumah kerana agak letih dan x cukup masa untuk memastikan kekemasan rumah. Ada pula yang mencari pembantu rumah Kemboja @ Indonesia @ Filipina untuk membantu menguruskan anak2 sewaktu kalian bekerja. Ada yang ingin membantu ibubapa yang kesakitan.

Pelbagai alasan dan asbab sewaktu pencarian..,setiap hari dan saban waktu saya mendengar keluhan dan rayuan..."tolong ya " "boleh cepat" dan bla bla bla...Jika dulu, memang saya ingin membantu seluruh jiwa raga, ingin apa yang dihajatkan majikan tercapai...sanggup ke Kemboja dan Indonesia untuk interview pembantu rumah...namun kini ..pengalaman mendewasakan saya dan kakitangan.

Sebagai seorang ibu, saya amat kecewa dengan ramai majikan sekarang. Sanggup melepaskan terlalu banyak bebanan kepada pembantu rumah semata. Saya x kisah pembantu rumah diberi tugas yang berlambak, tetapi saya x bersetuju apabila pembantu rumah dipaksa melayani kerenah dan makan minum anak2.

Sedarlah wahai para ibu, kita dipilih menjadi isteri dan ibu oleh suami tercinta bukan kerana kejelitaan semata..tetapi harapan suami kita dapat mendidik anak2 dengan iman dan taqwa. Sebagai pembantu rumah, kebetulan 90% tiada didikan formal @ agama. Apalah sangat ilmu yang ada di dada. Sesungguhnya hanya ibu yang benar2 menyayangi anaknya...

Keluhan seorang ibu semalam,
Beliau merungut pembantu rumahnya hanya bijak mengemas rumah tetapi x pandai masak makanan kesukaan anaknya. Anaknya hanya seorang berusia 7 tahun...Beliau x mahu memasak untuk anaknya kerana merasakan itu tugasan pembantu rumah. Si anak x mahu makan masakan pembantu kerana x sesedap masakan ibu...Adakah wajar seorang ibu malas memasak untuk anaknya?

Nikmat menjadi ibu bila anak berselera menjamah masakan kita. Saya amat berpuas hati jika suami dan anak2 berselera dan menambah makanan di masak. Apakah nikmat itu telah pudar di kalangan wanita berkerjaya...

Sebolehnya sewaktu di rumah cuba menyediakan keperluan anak2. Pembantu rumah adalah pembantu, x akan pernah perfect. Lagipun berapa kerat yang buat kerja kerana Allah dan ikhlas. Silap haribulan macam2 hal terjadi.

Memang mereka d gajikan tetapi jangan lupa kita di amanahkan. Biarlah kerja2 mengemas saja dilakukan pembantu rumah, tetapi kerja membelai, melayan , mendidik tanggungjawab suami isteri...Jangan sampai suatu ketika di usia emas kita dilayan pembantu rumah...x mustahil saat itu kita merintih kesakitan dan kesedihan kerana Allah nak kita merasakan semula kesedihan dan kesakitan anak sewaktu dilayan pembantu rumah.

Jujur sebagai ejen pembantu rumah, saya juga x pernah mempercayai mereka 100%.

Maaf dan wasalam


No comments:

Post a Comment