Tuesday, August 24, 2010

Tanggungjawab bersama

Allahummaussolli a'la Saiyidina Muhammad wa a'la aalihi Saiyidina Muhammad.

Alhamdullillah Ramadhan sedang ditempuhi dalam suasana negara aman damai. Nikmat yang wajib disyukuri.

Pertama saya memohon maaf kerana 'menghilangkan diri', hilang kerana di anugerahkan nikmat terhebat...saya sedang berpantang. Moga nur dan rahmat Ramadhan ini bakal membina jatidiri berteraskan iman buat zuriat ini.

Saya percaya Ramadhan ini ramai majikan berterawih berjemaah di masjid. Namun di sebalik itu ramai yang tidak kisah langsung soal pembantu rumah. Jika pembantu rumah Indonesia mungkin ada yang pandai berterawih tetapi pembantu rumah Kemboja, tidak ramai yang faham soal terawih. Majikan pula tidak menyuruh @ mengajak, maka pembantu rumah tidak tahu nikmat Ramadhan.

Tanggungjawab ada pembantu rumah bukan sekadar memastikan mereka boleh buat kerja di suruh tetapi tanggungjawab berat terpikul dalam soal amal ibadat. Rukun Islam wajib dititik beratkan. Bertanyalah soal solat. Jika x tahu wajib di ajar. Orang yang x tahu , diajar. Jangan berlepas tangan kerana rumah yang ada penghuninya x solat Allah akan menurunkan bala. Tiada rahmatNya...bukankah rugi..


Sesungguhnya dakwah Islamiah x akan pernah berhenti..carilah pahala sebagai pendakwah walaupun sekadar dengan pembantu rumah dan hargailah nikmat Iman...

No comments:

Post a Comment