Friday, November 5, 2010

Biodata terbaru

Allahummoussolli a"la Saiyidina Muhammad wa a'ala aalihi Saiyidina Muhammad.

Salam buat para majikan...
Alhamdulillah saat ini kita masih dikurniakan nikmat iman..anugerah terbesar dan terhebat.
Alhamdulillah negara kita juga masih dirahmati dan terpelihara..namun jangan kita terleka dengan nikmatNya hingga melalaikan diri dan keluarga dari mensyukuri nikmat dan rahmatNya.

Saya setiap hari rela dan kadang2 terpaksa melayani pelbagai pertanyaan tentang pembantu rumah Kemboja, Indonesia @ Filipina. Sesekali rasa nak rekod aje suara...sebab soalannya sama dan jawapannya tetap sama.

Pembantu rumah Islam baik Kemboja, Indonesia @ Filipina tetap sama. Yang membezakan mereka hanya Iman dan Taqwa.
Yang membezakan majikan juga ejen tetap iman dan taqwa. Saya melihat dari pelbagai sudut kes2 yang berlaku..ada pembantu rumah yang ok dan ada juga yang k o. Namun bagaimana kita menghadapi ujian itu yang wajar difikirkan.

Ada majikan berpendapat saya agak pelik..kerana suka sangat bagi pendapat. Cuma majikan x faham kenapa saya suka bagi pendapat. Saya tidak menjual pembantu rumah @ berniat semata2 atas dasar untung tetapi bukankah setiap kata kita ada dosa dan pahala.

Saya sama sekali x akan menyarankan seorang ibu mithali..meninggalkan tanggungjawab mendidik dan membesarkan anak kepada pembantu rumah semata2. Silapnya para ibu sekarang merasakan tugasan pembantu rumah mendidik anak2. Memang benar anak2 yang bersekolah tugas pembantu rumah dah kurang tetapi terlupakah kalian tugas mendidik akhlak, iman, aqidah tanggungjawab kita...para ibu bapa.

Selama berdamping dengan ramai pembantu rumah, 90% daripada mereka hanya bekerja kerana wang semata2...susah nak cari pembantu rumah yang ikhlas bekerja kerana Allah..nak salahkan mereka x wajar kerana majikan juga menggajikan mereka bukan kerana Allah...labih kerana terpaksa...

Cukup dulu celoteh hari ini. Jika ada yang ingin mencari pembantu rumah Islam dari Kemboja, Filipina dan Indonesia sila tel @ sms saya 9-6pm. Janganlah tel selepas waktu kerja kerana saya seorang isteri dan ibu yang wajib mendahulukan keluarga dari yang lain.

Jazakalllah

No comments:

Post a Comment