Wednesday, June 15, 2011

بسم الله الرحمن الرحيم.

الحمدلله saya bersama jemaah almujahid travel selamat dan dimudahkan urusan umrah Jun lalu. Kini balik semula dan menyimpan azam dan amat mengharap Allah memaqbulkan doa untuk ke sana lagi Ramadhan ini.
Wahai majikan yang dihormati,
Hidup mesti diduga. Hidup juga mesti diteruskan. Namun adakah kita kekuatan meneruskan hidup dengan dugaan ini..yakni pembantu rumah lari.?
Dari satu segi memang ramai yang menyumpah, maaflah x tersebut sumpahan itu. Dari sudut lain, alahai mengenangkan duit.  Masa tu amat mengharap sangat dapat gantian jika dalan jaminan. Jika nakdapat gantian kena keluar duit lagi, alahai..duit, penat dicari mudahnya pergi..
Sebenarnya sebagai wakil ejen pembantu rumah, saya juga x mahu mendengar kes pembantu rumah lari, pembantu rumah Kemboja x berkualiti, pembantu rumah Indonesia berzina dan lain2. Sedih, geram juga kecewa dengan situasi yang berlaku. 
Sebelum pergi umrah, seorang majikan yang sedang dalam pantang memberitahu pembantu rumah Indonesia telah hamil 6 bulan. Entah apa lagi yang nak saya katakan...melainkan moga Allah memberi azab kerana teelah melakukan dosa besar. Sebagai ibu saya amat takut jika anak2 majikan itu melihat perlakuan zina itu. Di sudut lain pula saya jenuh memeras otak bagaimana perkara mungkar itu begitu mudah berlaku? Kita kena mencari sebab dan jawapan kenapa ianya berlaku dalam rumah muslim.

Tahun lepas 2 pembantu rumah Indonesia berzina, siap bawa jantan masuk rumah di siang hari. Seorang tu bila saya memarahi pasangannya, siap bagitahu.."Bu, majikan saya juga sering tukar laki2" Jikakalianlah x terkejut ke. Yang saya ni memang blurr, tel majikan dan bagitau majikan fitnah itu, tapi akhirnya saya terkejut,"itu je ke dia bagitau" Tanya majikan...Ya Allah, benarlah majikan juga berzina. Kenapalah kemewahan melalaikan kalian? X takutkah dengan azab Allah yang pasti akan datang, x esok lusa dan ianya pasti datang.


Saya juga kerap berdoa memohon diberikan pembantu rumah Indonesia, Kemboja @ Filipina yang berkualiti dari segi iman. Namun hasil doa saya susahnya mendapat yang mahu bekerja yakni jawapan doa itu adalah pembantu rumah beriman sememangnya sukar di cari.


Harapan saya , semua yang memerlukan pembantu rumah banyakkan jaga amal. Hablumminnallah dan hablumminnannass. Kita juga kena menjadi beriman agar dapat yang beriman. Kita juga kena ikhlas bekerja agar dibantu dengan yang ikhlas bekerja. Kita kena amanah jika mahu pembantu rumah amanah. Sebut tentang amanah, maaflah ramai majikan kurang beramanah apabila mengambil cuti sakit gara2 tiada pembantu rumah lari@ x ada. Bukankkah wang yang diperolehi itu Haram? Ambillah cuti jika terpaksa tetapi biar potong gaji dari rahmatNya dipotong. Jangan sesekali membesarkan dan mendidik anak2 dengan sumber syubhah@ haram. Kesian anak2 & yang malang@ bodoh adalah ibubapa...melakukan bertahun2 proses mendidik tetapi hasilnya merugikan.


Selagi ada waktu, hargai nikmat Iman.


Salam ukhwah
 

1 comment:

  1. Assalamualaikum ustazah...............saya pernah ambil PRA dgn ustazah. Kalau ustazah ingat namanya Imas Suminar Didih , hanya berusia 16tahun sewaktu sampai kesini 3 tahun lepas.Saya masih ingat pesan ustazah dan sekrg dah hampir 3 tahun pembantu itu bersama saya. Alhamdulillah segalanya baik. Terimakasih banyak banyak dan saya masih membaca tips tips ustazah supaya saya tak lupa dan leka.....doakan kami ye ustazah.

    ReplyDelete