Thursday, November 25, 2010

pembantu rumah kemboja




ALLAHUMMOUS SOLLI A'LA SAIYIDINA MUHAMMAD WA A'LA AA'LIHI WA SOHBIHI AJMAEINN..

Salam buat para majikan,

Ketika membaca coretan ini saya pasti pembaca sedang mencari pembantu rumah Kemboja kerana dah serik dengan pembantu rumah Indonesia. Mungkin besar harapan agar pembantu rumah Kemboja lebih baik, berkualiti dari Indonesia.
Sesungguhnya, pembantu rumah Kemboja sama saja dengan pembantu rumah Indonesia...ada yang ok dan ramai gak yang k o.
Pembantu rumah tetap pembantu rumah..dan mungkin Taqdir telah menentukan pembantu rumah sememangnya begitu..Bak kata pembantu saya, jika dia pandai, bijak ada common sense..dah lama dia jadi majikan bukan kuli....kesian juga bila dia berkata begitu..iyalah mana ada manusia yang suka di arah2, ditengking, dibentak dan caci maki..
Cuma...
macamana majikan x berasap...jika pembantu rumah selalu perangat majikan dengan pelbagai kerenah. Pembantu rumah Kemboja jarang selincah pembantu rumah Indonesia..saya sendiri menggajikan pembantu rumah Kembija..kadang2 naik biul juga kepala saya..tetapi mengenangkan dia memang x faham BM dan sedang belajar BM maka istigfar je la. Alhamdulillah saya diberi rahmat Islam, maka boleh istigfar, jika tension boleh baca alQuran..jika saya ni bukan Beriman kepada Allah...mau juga pembantu rumah ditengking.
Sebagai majikan sebelum menggajikan pembantu rumah yang kebiasaannya memang blurrrrrr belajarlah bersabar..tambahkan iman dengan bersabar...belajar mencari salah diri...ada tak silap kat mana2...Jangan lupa Allah bayar cash...
Isteri2 yang kuat menengking..belajar control suara..
Suami2 yang suka mengherdik ..belajar control amarah..
Anak2 yang sudah lalai tanggung jawab kepada ibu bapa...belajar2lah menjenguk mereka...
Moga kita dikurniakan sebaik2 pembantu rumah...
Hanya Dia yang mampu menentukan..bukan ejen@sesiapa saja..
Barakallah

No comments:

Post a Comment